[ pembuka bicara ]

   Seni adalah merupakan hasil aktiviti manusia yang membawa nilai-nilai keindahan dan dihayati bukan sahaja oleh pembuatnya bahkan penerima hasil seni itu.
   Seni Islam pula adalah hasil kerjatangan orang-orang Islam. Ada ketikanya, penaung seni Islam mengupah seniman-seniman bukan Islam untuk menghasilkan seni Islam. Ini bermakna segala karya mengikut hukum Islam adalah dalam kawalan orang yang mengupahnya. Di sinilah berlaku kepelbagaian gaya seni dalam Islam mengikut budaya orang yang menghasilkannya (asalkan tidak bertentangan dengan Islam).
   Sejarah telah membuktikan bahawa kesenian Islam adalah berbeza dari bentuk-bentuk seni yang lain di dunia. Ia adalah satu bidang yang baru dan masih banyak yang perlu dikaji dan diketengahkan...


sumber:d'zul haimi bin hj md zain