[ hukum lukisan dalam Islam ]


Sering kali ramai yang bertanya:
+ adakah Islam membenarkan melukis gambar?
+ apakah pandangan Islam dan hukumnya dalam hal ini?


Jawapan:


lukisan (mengenai hidupan bernyawa/tidak, lengkap anggota/tidak) yang mengandungi unsur dan tujuan syirik seperti lukisan lembu yang disembah oleh masyarakat Hindu, lambang Nazi, Zionis, Yin dan Yan serta bunga teratai (dengan tujuan untuk ibadat orang Cina)
hukumHARAM


lukisan lengkap terhadap suatu hidupan yang cukup angotanya
(hanya memerlukan kepada tiupan nyawa sahaja)
yang seolah-olah bertujuan untuk menandingi Allah dalam kuasa penciptaan makhluk.
Contohnya: lukisan seekor burung yang lengkap anggota dan menonjol warnanya sehinggakan hampir sama dengan burung yang sebenarnya.
hukum = HARAM

lukisan (tidak mengira samaada mengenai kehidupan atau tidak, lengkap anggota atau tidak) yang mengandungi unsur kehebatan dan kebesaran yang melampau seperti gambar para penbesar yang megah dengan pingat anugerah dan tambahan pula ia dipamerkan di khalayak ramai untuk tujuan kemegahan 
hukum = HARAM

lukisan mengenai hidupan yang bernyawa tetapi bukan dalam bentuk yang lengkap atau imejnya lengkap Cuma ianya tidak menyamai secara total dengan imej dalam realiti sebenar.
Seperti kartun dalam bentuk animasi mahupun ilustrasi yang tidak menonjol imejnya sehingga menyamai yang realiti sekalipun dalam bentuk tidak lengkap.
hukum = MAKRUH

 lukisan mengenai hidupan yang tidak bernnyawa seperti pokok, sungai, batu dan lain-lain. Bahkan digalakkan untuk tujuan merehatkan minda apabila melihatnya.
Juga gambar fotografi, hukum penghasilannya berdasarkan kaedah Islam. Bahkan umat Islam amat memerlukannya khususnya dalam kes-kes yang memerlukan kepada dokumentasi data beserta gambar.
hukum = HARUS

sumber: mohd yusri hafiz yusof