Saturday, July 31, 2010

Menghayati Seni Islam

Dalam penghayatan seni Islam, orang ramai selalu membuat tafsiran yang begitu klise kerana tafsiran itu datangnya dari orang bukan Islam. Selalunya tafsiran itu menerbitkan rasa tidak senang hati kepada orang Islam.
Karya seni Islam secara ringkas dapat difahami dari empat proses semasa berkarya iaitu:
+ peniruan - meniru bulat-bulat dari alam semulajadi
+ mencipta semula - gambaran alam sengaja dihasilkan tidak menyerupai alam sebenar
+ penggayaan - merubah suatu bentuk seni dengan penuh penggayaan
+ mengabstrakkan - menggunakan daya pemikiran/imaginasi untuk mengabstrakkan karya seni

Persoalannya, sejauh manakah kefahaman manusia tentang peraturan hidup dan makna kehidupan di dunia? Apakah makna yang boleh dipelajari dari alam ini, tidak kira samada yang tersurat mahupun tersirat.

Sebab itulah, rata-rata seniman Islam berusaha membentuk gambaran seni mereka sebagai corak islimi (istilah dalam membicarakan tentang kesenian Islam).

Kefahaman tentang proses asas dalam penghasilan karya seni Islam ini akan menajamkan minda dan deria kita dalam menghayati khazanah seni Islam. Manusia Islam adalah mereka yang peka dalam mempelajari kegemilangan peradaban Islam hari ini.

Kesenian Islam dari abad pertama hijrah hingga kini, walau di mana ia dihasilkan akan sentiasa menakjubkan (bagi yang memahami seni tampak). Kesejagatan kecemerlangan peradaban Islam ini adalah kerana mereka sentiasa naik saksi dengan melafazkan syahadah, sekaligus dapat menghasilkan karya seni yang baik dalam Islam yang mencerminkan asas kepercayaan serta ajaran dari al-Quran dan al-hadith.
sumber: d'zul haimi hj md zain

No comments:

Post a Comment